JDT kelab bola sepak bukan kelab

PETALING JAYA: “Ini kelab bola sepak. Bukan kelab kebajikan sosial. Siapa yang berlatih dengan bagus dan bekerja keras, dia akan bermain. Siapa yang tidak, dia tak akan bermain. Tak suka? Pintu adalah terbuka. Ini bukan penjara. ‘Simple’.”

Itu amaran yang dikeluarkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan luahan hati yang ditulis penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad dalam media sosial.

Semalam, Syafiq menulis hantaran ringkas di Twitter: “Seronok tengok kawan-kawan main bola.”

Bagaimanapun status pendek bekas pemain Kedah itu mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan dan mencetus pelbagai tafsiran.

Tidak gembira dengan komen-komen yang dilemparkan peminat, terutama penyokong JDT sendiri, Tunku Mahkota Johor (TMJ) kemudian tampil menjelaskan situasi sebenar.

“Para penyokong JDT yang tidak tahu cerita begitu cepat terikut dengan sentimen penyokong lain.

“Bayangan piala ke-8 dan pencapaian kelab tak dilihat dan hargai. Mereka nak ajar saya menguruskan kelab ini. Laman-laman page bola yang kononnya pakar juga sama.

“‘Loan’ player? Nak ‘loan’ ke mana jikalau jendela perpindahan sudah ditutup. Jikalau minit permainan begitu mustahak, pergi sertai PJ City dimana anda akan dapat bermain setiap perlawanan.

“Dalam JDT, siapa yang bekerja keras dalam sesi latihan dan beri persembahan terbaik akan diturunkan. Siapa yang nak cabaran dalam karier dan memenangi kejuaraan, ayuh datang ke JDT.

“Siapa nak minit permainan, pergi sertai kelab lain. Tidak ada orang yang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain sendiri.

“Anda sudah sedia maklum mengenai syarat-syarat dan polisi kelab ketika menandatangani JDT.

“Anda kerap bermain tahun lepas dan tahun sebelum itu tetapi selepas peristiwa pahit, anda sudah berbeza. Kami beri masa, sokongan dan perhatian. Jikalau tidak berpuas hati atau setuju, datang berjumpa.

“Berkomunikasi, bukan tweet. Apa-apa pun, pintu sentiasa terbuka. Akhir kata,“Seronok tengok kawan-kawan main.” Main apa? Main bola. Nak main bola semua tempat boleh bermain bola tetapi kalau nak main bola dan bunga api, datang ke JDT,” tulisnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*